Sejarah,
Aku amat menakutimu
Apakah caranya dapatku mendampingimu
Bilakah agaknya kau dapatku fahami
Aku lemah
Bila berhadapan denganmu
Wahai Sejarah
Sejarah,
Walaupun kau agak susah aku berasa gembira mempelajarimu
Pada pendapat yang lain kau senang difahami
Pada aku, kau agak sukar difahami
Bila berhadapan denganmu,
Aku rasa gementar
Wahai Sejarah
Sejarah
Pelajarannya sangat menarik
Sejarah Singapura dan lain-lain sejarah
Aku cuma faham sejarah Singapura
Kerana Singapura tanah airku
Tetapi tidak semua yang aku faham
Sejarah
Sejarah
Aku akan cuba memahamimu
Walaupun ia agak sukar untuk ku,
Aku akan cuba sedaya-upaya
Aku akan membaca tentang mu
Sejarah, aku akan cuba untuk menyukaimu
Wahai Sejarah...