01 Disember 2011

azam dan perancangan mengharungi 2011

Azam saya ialah untuk mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan akhir tahun. Saya merancang untuk mengulang kaji setiap hari bersama rakan-rakan sekelas. walaupun ia agak susah untuk belajar bersama rakan kerana kita sering bermain-main, kami memberi masa untuk belajar. Masa untuk kami berlajar kami serius jadi apabila peperiksaan akhir tahun tiba, kami sudah bersedia untuk menduduki peperiksaan dan mendapat keputusan yang cemerlang. Semasa kami mendapat keputusan, saya gembira dengan keputusan saya kerana perbezaan markah akhir tahun dan pertengahan tahun sangat banyak! Banyak subjek telah saya perbaiki seperti matematiks. Saya gembira akan keputusan saya

pengalaman pahit manis melayari 2010

Pada tahun 2010, saya tidak mempunyai pengalaman pahit cuma pengalaman manis sahaja. pengalaman-pengalaman manis yang saya lalui ialah apabila saya menyertai pertandingan drama buat kali pertama di sekolah itu kerana saya baru sahaja memasuki Sekolah Menengah Guangyang dan kami memenangi tempat ketiga untuk pertandingan itu. Saya juga memasuki pertandingan blogging. Saya banyak memasuki pertandingan apabila saya menengah satu. Itu semua pengalaman yang tidak dapat saya lupakan kerana saya menimba ilmu dari pertandingan tersebut. Saya rasa seronok akn pengalaman tersebut.


Siti Yasirah