16 September 2010

Karangan Bahasa Melayu

"Sekarang kami akan kerumah pak long. Disana jangan main-main. duduk diam-diam." Pesan ibu pada saya dan abang.

Ibu membawa sedikit kuih-muih sebagai buah tangan. Setibanya kami dirumah pak long, kami memberi salam. Semasa saya kecil, saya tidak memberi salam dan terus masuk oleh itu, saya dimarahi oleh ibu dan ayah. Setelah memberi salam,kami menunggu sehingga pak long buka pintu dan menjemput kami masuk. Sebelum masuk,kami harus buka kasut dan berjabat tangan dengan pak long. Itulah adab berziarah.

Selalunya, keluarga saya pergi berziarah dari jam 11 dan kami akan pulang pada jam 7 malam kerana jika kami berziarah hingga tengah malam, itu kurang sopan. Kami akan mengunjung pada hujung minggu atau cuti umum. Tahun lepas,saya menziarah nenek saya sehingga jam 12 malam dan nenek saya memarahi kami kerana tidak pulang awal.

Apabila kami beri salam,pak long akan membalas salam dan menjemput kami masuk. Pak long akan menyambut kedatangan kami dengan senyuman yang manis bagai bulan jatuh keriba. Pak long amat suka melihat kedatangan kami. Saya bertemu dengan saudara-mara yang lain. saudara saya dari Malaysia juga hadir .

Dirumah pak long kami berbual tentang sukan bola sepak,pekerjaan yang dikerjakan dan persekolahan. Pak long sering bertanya tentang pelajaran kami. Jika markah kami corot, pak long akan beceramah. Jika ia bagus,kami akn dipuji. Kami menjaga sikap supaya saya tidak menyinggung hati pak long.

Kami menggunakan kata-kata yang sopan dan kami berbual dengan baik untuk mengelakkan perselisihan faham. Kami perlu menjaga hati pak long kerana jika pak long rasa tersinggung,dia tidak akan berbual dengan kami sehingga kami minta maaf. Kadang kala yang buat pak long marah adalah apabila kami memakan sesuatudan meminta lagi akhirnya kami minta untuk bungkus bagai belanda minta tanah.

Itulah adab berziarah orang Melayu Islam. Kami harus melakukannya kerana itu semua berkaitan dengan sopan-santun. Tetapi sebelum kita ke rumah seseorang,kami harus telefon dahulu supaya orang rumah boleh bersihkan rumah dan bersiap sedia untuk kedatangan tetamu.

25 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KESEBELAS




Ini adalah entri terakhir saya dan saya berharap anda terhibur dengan entri -entri saya yang lain. Apa pendapat anda tentang entri-entri lepas saya? Pendapat bagi video pula? Saya juga berharap anda berpuas hati dengan entri saya.

Walaupun video yang saya pamerkan panjang, mungkin anda terhibur. Video yang saya pamerkan cuma dua jika anda ingin menonton lebih dari itu lungsurilah lelaman youtube untuk mendapatkan video-video lebih menarik. Sampai disini sahaja dapat saya katakan.


SEKIAN: TERIMA KASIH

SALAM : SITI YASIRAH

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KESEPULUH


WOW! Menarik betul lagu nya. Bagaimana pendapat anda menarik atau tidak? Pada saya menarik tetapi jika pandangan anda kurang menarik maaf kerana itu yang terbaik bagi saya. Muzik tradisional Melayu tidak kira akan alat-alatnya tetapi cara menggunakannya.

Entri seterusnya akan menjadi entri terakhir. Saya telah mempamerkan dua video dari youtube. Muzik dan persembahan seni lebih kurang sama kerana bunyi yang digunakan tetapi persembahan seni lebih kepada tarian dan muzik. Itu sahaja yang dapat saya ucapkan. Terima kasih.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KESEMBILAN


Saksikan video tentang muzik tradisional Singapura yang dipetik dari youtube. Saya harap anda semua terhibur dengan video ini ia tidak begitu panjang. ENJOY!:)


http://www.youtube.com/watch?v=FHJL9evW7uo

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN




Bagaimana dengan video itu menarik bukan? Saya juga tertarik dengan video itu. Sekarang baru saya tahu bahawa penari melayu juga menjoget lambak. Saya akan mencuba menjoget lambak setelah menyaksikan video itu.

Entri seterusnya, akan saya pamerkan tentang muzik tradisional dan alat-alat yang digunakan. Mungkin video seterusnya tidak begitu panjang kerana, saya tahu lama kelamaan, kami akan menjadi letih menonton video begitu lama saya mengerti. Baiklah sampai disini sahaja. Saksikan entri seterusnya.