01 November 2010

puisi

Sejarah,
Aku amat menakutimu
Apakah caranya dapatku mendampingimu
Bilakah agaknya kau dapatku fahami
Aku lemah
Bila berhadapan denganmu
Wahai Sejarah

Sejarah,
Walaupun kau agak susah aku berasa gembira mempelajarimu
Pada pendapat yang lain kau senang difahami
Pada aku, kau agak sukar difahami
Bila berhadapan denganmu,
Aku rasa gementar
Wahai Sejarah

Sejarah
Pelajarannya sangat menarik
Sejarah Singapura dan lain-lain sejarah
Aku cuma faham sejarah Singapura
Kerana Singapura tanah airku
Tetapi tidak semua yang aku faham
Sejarah

Sejarah
Aku akan cuba memahamimu
Walaupun ia agak sukar untuk ku,
Aku akan cuba sedaya-upaya
Aku akan membaca tentang mu
Sejarah, aku akan cuba untuk menyukaimu
Wahai Sejarah...

16 September 2010

Karangan Bahasa Melayu

"Sekarang kami akan kerumah pak long. Disana jangan main-main. duduk diam-diam." Pesan ibu pada saya dan abang.

Ibu membawa sedikit kuih-muih sebagai buah tangan. Setibanya kami dirumah pak long, kami memberi salam. Semasa saya kecil, saya tidak memberi salam dan terus masuk oleh itu, saya dimarahi oleh ibu dan ayah. Setelah memberi salam,kami menunggu sehingga pak long buka pintu dan menjemput kami masuk. Sebelum masuk,kami harus buka kasut dan berjabat tangan dengan pak long. Itulah adab berziarah.

Selalunya, keluarga saya pergi berziarah dari jam 11 dan kami akan pulang pada jam 7 malam kerana jika kami berziarah hingga tengah malam, itu kurang sopan. Kami akan mengunjung pada hujung minggu atau cuti umum. Tahun lepas,saya menziarah nenek saya sehingga jam 12 malam dan nenek saya memarahi kami kerana tidak pulang awal.

Apabila kami beri salam,pak long akan membalas salam dan menjemput kami masuk. Pak long akan menyambut kedatangan kami dengan senyuman yang manis bagai bulan jatuh keriba. Pak long amat suka melihat kedatangan kami. Saya bertemu dengan saudara-mara yang lain. saudara saya dari Malaysia juga hadir .

Dirumah pak long kami berbual tentang sukan bola sepak,pekerjaan yang dikerjakan dan persekolahan. Pak long sering bertanya tentang pelajaran kami. Jika markah kami corot, pak long akan beceramah. Jika ia bagus,kami akn dipuji. Kami menjaga sikap supaya saya tidak menyinggung hati pak long.

Kami menggunakan kata-kata yang sopan dan kami berbual dengan baik untuk mengelakkan perselisihan faham. Kami perlu menjaga hati pak long kerana jika pak long rasa tersinggung,dia tidak akan berbual dengan kami sehingga kami minta maaf. Kadang kala yang buat pak long marah adalah apabila kami memakan sesuatudan meminta lagi akhirnya kami minta untuk bungkus bagai belanda minta tanah.

Itulah adab berziarah orang Melayu Islam. Kami harus melakukannya kerana itu semua berkaitan dengan sopan-santun. Tetapi sebelum kita ke rumah seseorang,kami harus telefon dahulu supaya orang rumah boleh bersihkan rumah dan bersiap sedia untuk kedatangan tetamu.

25 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010-ENTRI KESEBELAS




Ini adalah entri terakhir saya dan saya berharap anda terhibur dengan entri -entri saya yang lain. Apa pendapat anda tentang entri-entri lepas saya? Pendapat bagi video pula? Saya juga berharap anda berpuas hati dengan entri saya.

Walaupun video yang saya pamerkan panjang, mungkin anda terhibur. Video yang saya pamerkan cuma dua jika anda ingin menonton lebih dari itu lungsurilah lelaman youtube untuk mendapatkan video-video lebih menarik. Sampai disini sahaja dapat saya katakan.


SEKIAN: TERIMA KASIH

SALAM : SITI YASIRAH

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KESEPULUH


WOW! Menarik betul lagu nya. Bagaimana pendapat anda menarik atau tidak? Pada saya menarik tetapi jika pandangan anda kurang menarik maaf kerana itu yang terbaik bagi saya. Muzik tradisional Melayu tidak kira akan alat-alatnya tetapi cara menggunakannya.

Entri seterusnya akan menjadi entri terakhir. Saya telah mempamerkan dua video dari youtube. Muzik dan persembahan seni lebih kurang sama kerana bunyi yang digunakan tetapi persembahan seni lebih kepada tarian dan muzik. Itu sahaja yang dapat saya ucapkan. Terima kasih.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KESEMBILAN


Saksikan video tentang muzik tradisional Singapura yang dipetik dari youtube. Saya harap anda semua terhibur dengan video ini ia tidak begitu panjang. ENJOY!:)


http://www.youtube.com/watch?v=FHJL9evW7uo

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KELAPAN




Bagaimana dengan video itu menarik bukan? Saya juga tertarik dengan video itu. Sekarang baru saya tahu bahawa penari melayu juga menjoget lambak. Saya akan mencuba menjoget lambak setelah menyaksikan video itu.

Entri seterusnya, akan saya pamerkan tentang muzik tradisional dan alat-alat yang digunakan. Mungkin video seterusnya tidak begitu panjang kerana, saya tahu lama kelamaan, kami akan menjadi letih menonton video begitu lama saya mengerti. Baiklah sampai disini sahaja. Saksikan entri seterusnya.

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KETUJUH


Ini adalah link bagi video yang saya pamerkan dan video ini dipetik dari youtube. Video ini mungkin panjang tetapi videonya menarik jadi saksikan :)

http://www.youtube.com/watch?v=odJRPRKfEJs

21 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEENAM


Saya akan menceritakan lebih lanjut tentang muzik dan persembahan tradisional Melayu. Mungkin saya akan mempamerkan video tentang kedua-dua aspek yang telah saya pilih saya akan mendapatkan video itu dari youtube. Saya akan cuba mendapatkan video yang paling menarik dari youtube supaya anda semua terhibur dengan video tersebut. Saya akan mempamerkan video itu antara entri ini ataupun entri seterusnya. Mungkin di entri seterusnya. Saya sudah pun mencuba joget lambak mungkin anak muda seperti saya juga harus cuba kerana tariannya seronok sekali.

Saya akan menulis lebih lanjut tentang persembahan tradisional Melayu pada enrti seterusnya termasuk video... Sekian Terima kasih

20 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELIMA


Hari ini kami menyambut Hari Kerhamonian Kaum di sekolah. Ramai orang menggunakan pakaian tradisional masing-masing. Tetapi ada juga yang menggunakan pakaian tradisional budaya lain contohnya, orang Melayu menggunakan pakaian Cina atau pakaian India seperti sari. Orang Cina akan memakai pakaian Melayu,India ataupun pakaian Jepun. Dikantin akan ada juadah dari pelbagai kaum seperti makanan Cina,Melayu dan India.

Mengapa kami menyambut hari keharmonian kaum ya??? Jawapannya ialah untuk merayakan kesuksesan Singapura sebagai kaum yang harmoni. Activiti yang akan diadakan pada hari keharmonian kaum ialah pertandingan tentang kelas mana yang mempunyai ramai orang memakai baju tradisional pertandingan ini buat semua kelas. Sambutan ini akan diadakan di semua sekolah di Singapura. Tarikh untuk menyambut hari keharmonian kaum ialah 21 Julai. Setiap tahun kami akan menyambut hari keharmonian kaum. Perbezaan antara sambutan di sekolah rendah dan sambutan di sekolah menengah adalah, di sekolah rendah kami tidak mengadakan pertandingan kelas cuma juadah sahaja. Pada pendapat saya, sambutan hari keharmonian kaum di sekolah menengah lagi seronok kerana ini adalah pertama kali saya menyambut di sekolah menengah

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT


Joget lambak tidak kira usia siapa yang mahu dan pandai menari, akan dipersilakan diatas pentas untuk menari. Bagi muzik,orang yang pandai main sahaja boleh bermain muzik. Tidak sembarang orang yang boleh main muzik. Jika seseorang tidak tahu bagaimana untuk bermain muzik,lagu yang dimainkan akan menjadi hancur dan tidak sedap didengar. Bagi joget lambak,selalunya orang tua-tua yang menari begitu jarang untuk melihat anak muda menari

14 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA.




MUZIK TRADISIONAL...





















Peralatan bagi muzik tradisional yang sering diggunakan adalah gambus, seruling, gendang, marakas, dan lain-lain lagi. Saya akan memberitahu bagaimana alat-alat ini dihasilkan contohnya gendang dan seruling. Gendang dibuat oleh kulit binatang seperti kambing, kerbau atau lembu.

Setiap bangsa mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan orang melayu.
Gendang juga digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk perayaan atau pertabalan Diraja. Bagi seruling, ia alat yang harus ditiup. Ia dibuat olah buluh pada waktu dahulu tetapi pada zaman moden ini, ia dibuat oleh logam aluminium dan plastik. Cara meniup harus lah betul untuk mengeluarkan bunyi yang baik

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA.


JOGET LAMBAK...

Saya akan menceritakan tentang joget lambak. Saya memilih joget lambak kerana tariannya sangat menarik. Joget lambak adalah tarian yang perlu ramai orang untuk menari bersama-sama.Tarian ini berasal dari Melaka. Apabila ada majlis perkahwinan,akan adalah tarian ini dan inilah tarian tradisional Melayu.

Tarian ini dinyatakan bahawa beramai-ramai orang akan berpasangan dan menari bersama-sama. Lagu yang sesuai akan dimainkan apabila orang ramai ini sedang menari di atas pentas.

13 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI PERTAMA


APA YANG SAYA FAHAMI TENTANG BUDAYA MELAYU???

Nama saya Siti Yasirah. Saya anak Melayu dan saya diajar oleh ibu saya tentang budaya melayu. Ibu saya mengajar saya untuk memasak masakan Melayu seperti lontong,rendang dan membuat kuih-kuih Melayu. Saya juga diajar untuk melukis batik dari saudara saya. Saya mempelajari tentang adat istiadat budaya Melayu seperti adat perkahwinan dan sebagainya. Saya gembira untuk mempelajari tentang budaya Melayu kerana ia sangat seronok. Saya gembira dapat memasui pertandingan ini kerana saya dapat memperbaiki bahasa melayu saya.

Saya membuat keputusan untuk memilih dua aspek budaya Melayu iaitu,
-persembahan seni
-muzik tradisional
Saya akan membuat kajian tentang dua aspek ini melalui internet dan saya juga bertanyakan kepada ibu bapa serta datuk dan nenek saya. Ada banyak persembahan seni tetepi saya akan memilih cuma satu iaitu joget lambak. Bagi muzik pula saya akan menceritakan tentang peralatan. Walaupun tarian ini tidak terkenal, saya ingin kungsi bersama teman-teman saya tentang joget lambak.

22 Jun 2010

filem klasik dan moden

Check out this SlideShare Presentation:

02 Mac 2010

25 Januari 2010

Singapura Tanah Air Ku

Singapura Tanah Air ku disini lah tempat aku dilahirkan. Walaupun negara ini kecil, pada aku ia besar. Ibu bapa ku juga dilahirkan disini. Tempat kegemaran aku adalah Pantai East Coast dan Pantai Changi. tempat itu menjadi kegemaran ku kerana,aku sering ke sana bersama keluarga dan saudara-mara. Di Pantai East Coast,aku dan keluarga akan bermain bowling dan berbasikal. Ada banyak tempat di Singapura seperti Sentosa,Kranji dan banyak lagi. Aku dapat tahu bahawa,nama Pulau Sentosa adalah Pulau Belakang Mati pada masa dahulu.
Itulah tentang Singapura yang aku tahu. Mungkin ,aku akan tulis lagi apa yang aku tahu tentang Singapura Tanh Airku yang dicintai.