13 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI PERTAMA


APA YANG SAYA FAHAMI TENTANG BUDAYA MELAYU???

Nama saya Siti Yasirah. Saya anak Melayu dan saya diajar oleh ibu saya tentang budaya melayu. Ibu saya mengajar saya untuk memasak masakan Melayu seperti lontong,rendang dan membuat kuih-kuih Melayu. Saya juga diajar untuk melukis batik dari saudara saya. Saya mempelajari tentang adat istiadat budaya Melayu seperti adat perkahwinan dan sebagainya. Saya gembira untuk mempelajari tentang budaya Melayu kerana ia sangat seronok. Saya gembira dapat memasui pertandingan ini kerana saya dapat memperbaiki bahasa melayu saya.

Saya membuat keputusan untuk memilih dua aspek budaya Melayu iaitu,
-persembahan seni
-muzik tradisional
Saya akan membuat kajian tentang dua aspek ini melalui internet dan saya juga bertanyakan kepada ibu bapa serta datuk dan nenek saya. Ada banyak persembahan seni tetepi saya akan memilih cuma satu iaitu joget lambak. Bagi muzik pula saya akan menceritakan tentang peralatan. Walaupun tarian ini tidak terkenal, saya ingin kungsi bersama teman-teman saya tentang joget lambak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan