20 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI KELIMA


Hari ini kami menyambut Hari Kerhamonian Kaum di sekolah. Ramai orang menggunakan pakaian tradisional masing-masing. Tetapi ada juga yang menggunakan pakaian tradisional budaya lain contohnya, orang Melayu menggunakan pakaian Cina atau pakaian India seperti sari. Orang Cina akan memakai pakaian Melayu,India ataupun pakaian Jepun. Dikantin akan ada juadah dari pelbagai kaum seperti makanan Cina,Melayu dan India.

Mengapa kami menyambut hari keharmonian kaum ya??? Jawapannya ialah untuk merayakan kesuksesan Singapura sebagai kaum yang harmoni. Activiti yang akan diadakan pada hari keharmonian kaum ialah pertandingan tentang kelas mana yang mempunyai ramai orang memakai baju tradisional pertandingan ini buat semua kelas. Sambutan ini akan diadakan di semua sekolah di Singapura. Tarikh untuk menyambut hari keharmonian kaum ialah 21 Julai. Setiap tahun kami akan menyambut hari keharmonian kaum. Perbezaan antara sambutan di sekolah rendah dan sambutan di sekolah menengah adalah, di sekolah rendah kami tidak mengadakan pertandingan kelas cuma juadah sahaja. Pada pendapat saya, sambutan hari keharmonian kaum di sekolah menengah lagi seronok kerana ini adalah pertama kali saya menyambut di sekolah menengah

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEEMPAT


Joget lambak tidak kira usia siapa yang mahu dan pandai menari, akan dipersilakan diatas pentas untuk menari. Bagi muzik,orang yang pandai main sahaja boleh bermain muzik. Tidak sembarang orang yang boleh main muzik. Jika seseorang tidak tahu bagaimana untuk bermain muzik,lagu yang dimainkan akan menjadi hancur dan tidak sedap didengar. Bagi joget lambak,selalunya orang tua-tua yang menari begitu jarang untuk melihat anak muda menari

14 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KETIGA.




MUZIK TRADISIONAL...





















Peralatan bagi muzik tradisional yang sering diggunakan adalah gambus, seruling, gendang, marakas, dan lain-lain lagi. Saya akan memberitahu bagaimana alat-alat ini dihasilkan contohnya gendang dan seruling. Gendang dibuat oleh kulit binatang seperti kambing, kerbau atau lembu.

Setiap bangsa mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan orang melayu.
Gendang juga digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk perayaan atau pertabalan Diraja. Bagi seruling, ia alat yang harus ditiup. Ia dibuat olah buluh pada waktu dahulu tetapi pada zaman moden ini, ia dibuat oleh logam aluminium dan plastik. Cara meniup harus lah betul untuk mengeluarkan bunyi yang baik

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI KEDUA.


JOGET LAMBAK...

Saya akan menceritakan tentang joget lambak. Saya memilih joget lambak kerana tariannya sangat menarik. Joget lambak adalah tarian yang perlu ramai orang untuk menari bersama-sama.Tarian ini berasal dari Melaka. Apabila ada majlis perkahwinan,akan adalah tarian ini dan inilah tarian tradisional Melayu.

Tarian ini dinyatakan bahawa beramai-ramai orang akan berpasangan dan menari bersama-sama. Lagu yang sesuai akan dimainkan apabila orang ramai ini sedang menari di atas pentas.

13 Julai 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010- ENTRI PERTAMA


APA YANG SAYA FAHAMI TENTANG BUDAYA MELAYU???

Nama saya Siti Yasirah. Saya anak Melayu dan saya diajar oleh ibu saya tentang budaya melayu. Ibu saya mengajar saya untuk memasak masakan Melayu seperti lontong,rendang dan membuat kuih-kuih Melayu. Saya juga diajar untuk melukis batik dari saudara saya. Saya mempelajari tentang adat istiadat budaya Melayu seperti adat perkahwinan dan sebagainya. Saya gembira untuk mempelajari tentang budaya Melayu kerana ia sangat seronok. Saya gembira dapat memasui pertandingan ini kerana saya dapat memperbaiki bahasa melayu saya.

Saya membuat keputusan untuk memilih dua aspek budaya Melayu iaitu,
-persembahan seni
-muzik tradisional
Saya akan membuat kajian tentang dua aspek ini melalui internet dan saya juga bertanyakan kepada ibu bapa serta datuk dan nenek saya. Ada banyak persembahan seni tetepi saya akan memilih cuma satu iaitu joget lambak. Bagi muzik pula saya akan menceritakan tentang peralatan. Walaupun tarian ini tidak terkenal, saya ingin kungsi bersama teman-teman saya tentang joget lambak.

22 Jun 2010

filem klasik dan moden

Check out this SlideShare Presentation:

02 Mac 2010